Friday, March 4, 2011 | | By: My Ball MaxBud

36 KAD MERAH???? HEBAT PUNYE PENGADIL....!!!!


Sebuah perlawanan bola sepak di Argentina semalam mencatatkan sejarah hebat dimana perlawanan diantara Claypole menentang Victoriano Arenas telah menghasilkan 36 KAD MERAH dilayangkan serentak pada malam tersebut. Bukan 3 atau 8 kad ye. Maxbud ulangi 36 kad merah.

Pengadil yang mengadili perlawanan iaitu Encik Damian Rubino dengan selambernye melayangkan kad merah keatas 22 pemain yang ada diatas padang juga tidak ketinggalan pemain simpanan yang berpunca diatas pergaduhan besar melibatkan kedua-dua pasukan.

Menurut pengurus pasukan Claypole iaitu Encik Sergio Micieli, beliau berkata "Pengadil terlalu teruja sehingga salah sangka dengan mengambil tindakan yang keterlaluan, padahal kebanyakan pemain cuba nak leraikan pergaduhan. Ini memang dah keterlaluan" katanya.

Rekod dunia pengadil paling banyak melayangkan kad merah sebelum ini berlaku ketika permainan berlangsung pada tahun 1993 di Paraguay yang melihat 20 pemain dikeluarkan.

Ini menjadikan Encik Damian Rubino memecah rekod tersebut dan mencatatkan namanya sebagai seorang pengadik berstatus RAJA KAD MERAH.

0 comments:

Post a Comment