Kejadian berlaku di HAVANT, Britain. Seorang pemain bola sepak iaitu Encik Ashley Vickers dengan terkejut beruknya serta terpinga-pinga selepas pengadil melayangkannya kad merah kerana menjatuhkan seorang lelaki yang memasuki padang semasa perlawanan berlangsung.
Pemuda yang memasuki padang tersebut memakai pakaian renang yang dipopularkan oleh pelawak dari Khazakshtan, Borat yang melonjak popular di Amerika Syarikat. Jadi pemuda tersebut cuba membuat lawaknya di atas padang dengan berharap beliau juga akan popular.
Saksi disana ketika ditemubual iaitu Encik Michell Castro berkata "Dia sungguh hebat kerana berjaya lawaknya membawa kad merah pada pemain itu. Saya kagum dan teruja sangat" kata beliau.
Kejadian ini berlaku semasa perlawanan antara Dorchester Town menentang Blue Square Bet South. Pemuda tersebut berlari-lari keriangan diatas padang yang menyaksikan pengawal cuba menangkapnya dengan kadar tidak bersungguh-sungguh. Di atas sifat geram dan ingin menjadi HERO, Encik Ashley terus menerpa pemuda tersebut menyebabkan dia jatuh dan pengawal dapat memberkas membawa pemuda itu keluar.
Tetapi tidak semena-mena, pengadil terus melayangkannya kad merah dan menyuruh Encik Ashley keluar padang kerana berkelakuan ganas. Itu menyebabkan pemain-pemain kedua belah pasukan menidakkan keputusan pengadil tersebut.
Insiden ini terus menjadi persoalan. Adakah keputusannya betul atau salah? Adakah pengadil tersebut marah kerana Encik Ashley mengganggu keseronokan dia menyaksikan aksi pemuda itu? Atau adakah pengadil itu kekasih pemuda tersebut? Oh! Tidakkkkkk~